8 Teknik & Tips Cat Rumah Supaya Tahan Lebih Lama

Baca dahulu tips cat rumah daripada kami ini sebelum anda memilih untuk cat mahligai impian anda.

Kerja-kerja mengecat rumah bukan mudah, dan semestinya tidak murah. Maka kita ingin ia tahan selama yang boleh. Kami lebih daripada berbesar hati untuk bantu anda dengan berkongsi tips cat rumah yang terbaik hanya untuk anda.

TIPS CAT RUMAH

1.Ratakan Permukaan Dinding

tips cat rumah

Sesetengah projek daripada pemaju, mempunyai kualiti yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, permukaan dinding yang tidak rata dan menggerutu. Anda boleh gunakan kertas pasir untuk melakukan kerja-kerja meratakan plaster dinding ini. Namun, ianya terhad kepada perubahan yang minima.

Anda boleh dapatkan kertas pasir di kedai ‘hardware’ yang berdekatan, dan dapatkan khidmat nasihat mereka untuk gred kertas pasir yang sesuai bagi penggunaan meratakan permukaan dinding plaster.

Bila dinding telahpun rata, bukan sahaja cat akan jadi lebih cantik, kerja-kerja mengecat turut menjadi lebih mudah.

2.Elakkan Berus Cat Murah

Berus cat rumah

Anda inginkan sebuah permukaan cat yang tahan selama 10 tahun, menggunakan cat berkualiti yang menelan kos ratusan hingga ribuan ringgit, tapi takkan lah anda ingin gunakan berus cat yang berharga hanya RM10 untuk ini? Elakkan! Selamatkan diri dan poket anda.

Jangan kerana anda nak jimat RM20-30, anda terpaksa tukar cat rumah dalam 3-5 tahun akan datang.

Masalah dengan berus cat murah ini adalah sapuan cat anda akan jadi tidak rata. Anda akan bazirkan cat apabila terpaksa melakukan 2-3 kali sapuan / rolling yang akhirnya bukan sahaja membazir cat, tetapi permukaan cat akan jadi tidak rata. Ada yang cerah, ada yang gelap.

Itu tidak termasuk masalah seperti berus cat yang tanggal dan melekat pada permukaan dinding. Tidak berbaloi.

3.Gunakan Blue Tape

Blue Tape atau Painter’s Tape adalah lebih baik daripada masking tape. Meskipun masking tape tidak meninggalkan kesan visual, namun ia meninggalkan kesan ‘melekit’ sekiranya ditinggalkan terlalu lama. Kesannya, habuk akan mudah terlekat pada permukaan tersebut. Jika ditanggalkan awal pula, akan mengganggu kerja-kerja mengecat kerana kebiasaannya kerja-kerja mengecat ini mengambil masa beberapa hari.

Jadi adalah lebih baik untuk anda keluarkan sedikit modal lebih untuk membeli Blue Painter’s Tape ini berbanding Masking Tape.

4.Campurkan Cat

‘Boxing’ adalah sejenis terma dimana anda menggabungkan 2 tong cat kepada 1. Tujuan ianya dilakukan adalah bagi mengekalkan konsistensi warna cat apabila anda membeli lebih daripada 1 tong cat untuk warna cat yang sama.

Akan ada sedikit perubahan warna bagi setiap tong cat yang anda beli. Anda hanya akan perasan bila sudah lakukan kerja-kerja mengecat. Tak percaya? Tanya penjual cat. Namun, jangan lupa untuk dapatkan tong cat besar yang sesuai untuk simpan cat tersebut bila ianya dicampurkan nanti.

5.Basuh Roller Sebelum Pakai

Basuh Roller

Tidak kira lah anda membeli roller cat yang murah mahupun mahal, sekiranya ia merupakan roller yang baru, pastikan anda basuh sebelum ianya digunakan!

Kenapa? Ianya bertujuan bagi mengelakkan sebarang bebenang ataupun kapas daripada roller tersebut tanggal dan melekat ke permukaan dinding. Namun, anda tidak perlu tunggu ianya kering, hanya perlu lakukan sedikit pengetosan dan ianya sudah sedia untuk digunakan.

6.1 Cat 1 Roller

Elakkan menggunakan roller yang sama untuk banyak jenis cat. Jangan kedekut. Anda ingin cat ini bertahan untuk 10-15 tahun akan datang. Setiap kali anda basuh roller anda, sudah berapa banyak pembaziran cat yang berlaku yang dibuang ke dalam lubang kumbahan. Itu belum ambil kira faktor masa dan kekotoran di tandas rumah anda.

Dan yang paling bermasalah, ianya mengganggu konsisten warna cat anda akibat pencampuran!

7.Elakkan Mengecat di Musim Hujan

rainy

Apabila hari hujan, cuaca pun jadi sejuk. Bila cuaca sejuk, cat pun lambat kering. Dan bila lambat kering, lagi besar kemungkinan untuk ianya diganggu dengan gagguan seperti serangga atau anak anda.

Lagipun, hujan-hujan sedap tidur. Mana sedap nak mengecat rumah.

8.Buka Suis/Plug Outlet

Buka plug suis outlet

Daripada anda habiskan masa cuba menjadi seorang Picasso untuk cat dinding rumah dengan penuh ketilitian bagi mengelakkan ter-cat suis rumah, baik anda tanggalkan terus. Bukan susah pun. Anda hanya perlukan satu unit screwdriver dan voila! Ianya sudahpun dibuka.


Sekian itu sahaja 8 teknik & tips cat rumah supaya tahan lebih lama daripada kami KabinetGuru.

Kini anda dah tahu tips cat rumah, apa kata anda baca pula tips kabinet dapur daripada kami.

Sekiranya anda sedang mencari kabinet dapur untuk rumah anda, hubungi kami segera untuk konsultansi percuma daripada kami.

DAPATKAN KABINET DAPUR SIMPLE & MURAH SEKARANG

DAPATKAN KABINET DAPUR SIMPLE & MURAH SEKARANG

DAPATKAN KABINET DAPUR SIMPLE & MURAH SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *