Jenis Material Kabinet Dapur

4 Jenis Material Kabinet Dapur Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang? Kami yakin, ramai surirumah yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang tunjukkan design pada mereka. Betul? Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan untuk dapur mereka?

Selain daripada rupa kabinet dapur yang cantik anda turut perlu mengambil kira beberapa faktor lain seperti :

+ Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang
+ Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan
+ Kekalisan kabinet dapur terhadap ancaman air
+ Kehadiran serangga perosak seperti anai-anai

Lebih rumit daripada yang anda sangkakan? Biar kami bantu anda membuat pilihan supaya anda dapat :

+ Kabinet dapur yang simple untuk dapur anda
+ Kabinet dapur yang murah dan cantik sesuai dengan citarasa anda
+ Jenis kabinet dapur yang paling sesuai dengan penggunaan anda

Untuk memilih jenis material kabinet dapur, para pelanggan hendaklah mengetahui bahan-bahan utama yang berada di pasaran. Terdapat 4 jenis material kabinet dapur untuk membina body kabinet dapur iaitu:

1) KABINET DAPUR MELAMINE / PARTICLE BOARD

Pilihan ekonomi/ murah
Saiz di pasaran 6’x 8’ x 16 mm
Sesuai untuk jangkamasa pendek
Terdapat dalam pelbagai corak dan warna pilihan
Kerja paling menjimatkan masa
Sangat berat
Terdapat 2 jenis iaitu kalis air dan tidak kalis air
Boleh bertahan 3-5 tahun

2) KABINET DAPUR PLYNYATOH SANDWICH

Harga yang mahal
Kerja yang lama
Kos yang tinggi – terdapat 3 lapisan iaitu; lapisan pertama papan lapis meranti biasa saiz 3.6mm, lapisan tengah kayu meranti saiz 1/2” x 1 6/8” dan lapisan terakhir Papan lapis warna putih saiz 3mm
Terdapat dalam pelbagai corak dan warna pilihan. Kebiasaan finishing yang moden menggunakan material Fomika, mica dll
Cepat kering
Sangat ringan
Senang dibersihkan
Boleh bertahan 5 – 10 tahun

3) KABINET DAPUR BLOCKBOARD

Kadar ketahanan yang tinggi.
Harganya mahal daripada plynyatoh sandwich
Ringan dan kuat.
Boleh bertahan sehingga 10 tahun

4) KABINET DAPUR CHIPBOARD

Menawarkan harga yang paling berbaloi berbanding jenis yang lain
Mempunyai ciri-ciri anti anai-anai, masalah yang paling sering berlaku pada kabinet dapur
Kalis air (tidak kembang kena air), lebih lebih lagi di bahagian sinki
Jenis high quality wood dengan campuran gam hijau pada kayu
Kemasan edging menggunakan pvc abs (ditutup rapat mengelakkan air dan serangga perosak daripada masuk)
Terdiri daripada 2 design, Fomaica dan Melamine corak kayu.

Berikut adalah kabinet Chipboard jenis Formaica :

Baca Kelebihan & Keburukan Kabinet Dapur Formica

Manakala untuk kabinet Chipboard Melamine bercorak kayu, adalah seperti berikut :

Baca Kelebihan & Keburukan Kabinet Dapur Melamine

Dan sekiranya anda ingin jimat, kos Chipboard Melamine bercorak kayu adalah lebih rendah berbanding formaica.

Baca Beza Kabinet Dapur Formica vs Melamine

EH, MANA KABINET DAPUR ALUMINIUM?

Sejujurnya, meskipun kabinet dapur aluminium ini memberikan rupa yang cantik, elegan dan moden, namun ianya juga merupakan kabinet dapur yang kami kurang gemarkan oleh kerana beberapa faktor.

Seperti yang kami ceritakan awal tadi, ada beberapa faktor yang perlu di ambil kira bagi memilih kabinet dapur. Kita tidak hanya mahukan kabinet dapur yang cantik semata-mata, kita mahukan kabinet dapur yang kukuh, tahan berabad lamanya dan selesa digunakan.

Kami ada kongsikan beberapa keburukan dan kelebihan memilih kabinet dapur jenis aluminium.

Baca Keburukan dan Kelebihan Kabinet Dapur Aluminium

Baca dan anda sendiri boleh nilaikan kenapa kami rasa kabinet dapur aluminium mungkin bukan kabinet yang terbaik untuk anda supaya anda :

+ Mampu tersenyum setiap kali melangkah ke ruangan dapur anda
+ Menerima pujian melambung daripada setiap pelawat yang masuk ke dapur anda
+ Kekal teruja setiap kali memasak untuk hidangan seisi rumah
+ Mengagumkan ibu bapa mertua anda dengan kekemasan dapur kerja anda


Berminat untuk dapatkan kabinet dapur Chipboard?

Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami sekarang!

Kepuasan anda adallah keutamaan kami di KabinetGuru.

Kredit kepada @kabinetdapursuperb

Scroll to Top