Sebelum saya kongsikan perbezaan kabinet dapur jenis Formica vs Melamine, saya akan jelaskan sedikit apa sebenarnya Formica dan Melamine ni?
Formica dan Melamine adalah sejenis ‘finishing’ yang digunakan di atas permukaan bahan kabinet dapur sebagai lapisan terakhir kabinet. Dalam erti kata lain, ianya BUKAN BAHAN UTAMA sesebuah kabinet dapur.
Sebagai contoh, kami di Kabinetguru mengesyorkan kayu Chipboard sebagai bahan utama untuk kabinet dapur rumah pelanggan kami. Ianya adalah kerana kelebihan-kelebihannya seperti anti anai-anai, kayu yang ringan dan tahan lama pada harga yang sangat berbaloi.
Namun, ‘finishing’ Formica/Melamine turut boleh digunakan pada kayu-kayu kabinet jenis plywood, marine-ply, blockboard dan sebagainya.
Sekarang anda sudah tahu Formica dan Melamine ini adalah sejenis finishing? Kami terangkan pula 4 perbezaan kabinet dapur Formica vs Melamine ini.
Perbezaan Kabinet Dapur Formica vs Melamine
RUPA
Ini adalah contoh kabinet dapur jenis Melamine. Sepertimana yang anda boleh lihat, ianya sejenis finishing bercorak kayu. Anda boleh pilih warna dan corak secara bebas, namun coraknya akan berasaskan corak kayu.
Manakala ini pula adalah kabinet dapur Formica. Formica merupakan sejenis lamination yang memberikan sedikit efek ‘kilat’ pada permukaan kabinet. Dan kebiasaannya, kabinet design plain (tidak bercorak) adalah sesuai untuk finishing jenis formica.
Bergantung kepada citarasa pengguna, Melamine dan Formica masing-masing mempunyai kecantikannya yang tersendiri.
KETAHANAN
Sebenarnya, ketahanan sesebuah kabinet dapur bergantung kepada material utama dan bukan material finishing. Kami di Kabinetguru mengesyorkan penggunaan material Chipboard oleh kerana ciri-cirinya yang anti anai-anai.
Dan apabila digunakan sekali dengan finishing, Formica/Melamine, ia menjadikan kabinet dapur anda kalis air.
Namun, anda perlu berhati-hati. Untuk memastikan kabinet dapur anda tahan lebih lama, pastikan finishing Formica/Melamine ini di buat dengan baik dan secara keseluruhan agar tidak ada air yang mampu masuk ke bahagian utama kabinet.
Setiap bucu dan sudut kabinet harus di tutup dengan rapi untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.
PENJAGAAN
Sekiranya anda bertanyakan kepada kami, antara kabinet jenis formica dan melamine, mana lebih mudah untuk dijaga?
Kami akan bertanya semula kepada anda, meja makan kayu dan kaca, mana lebih mudah untuk dijaga?
Sudah tentu kayu berbanding kaca yang mudah tertinggal kesan cap jari. Sebegitulah lebih mudah untuk anda menjaga kabinet dapur jenis Melamine berbanding Formica yang sangat mudah untuk tertinggal kesan cap jari, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil.
HARGA
Harga kabinet dapur Formica adalah sedikit tinggi berbanding Melamine. Namun begitu, perbezaannya tidaklah begitu jauh dan masih boleh dikategorikan sebagai kabinet yang mampu milik.
Kami turut menyediakan artikel khas untuk Kabinet Dapur Formica dan Kabinet Dapur Melamine agar anda mampu ketahui lebih lanjut perbezaan diantara keduanya.
Berminat untuk dapatkan kabinet dapur untuk rumah anda? Hubungi kami sekarang !