Kabinet Dapur Aluminium

Kabinet Dapur Aluminium : Kelebihan & Keburukan

Satu-satunya sebab kenapa anda berada disini, tidak lain dan tidak bukan, anda bercadang untuk memasang kabinet dapur aluminium di rumah betul? Namun, anda masih berbelah bahagi sama ada apakah antara kelebihan & keburukan kabinet dapur aluminium.

Kawan, jiran, keluarga mesti keluarkan ayat-ayat seperti

“Pasanglah kabinet dapur aluminium, dapur kau mesti cantik nanti”

“Takpe mahal sikit janji cantik mata memandang.”

Tidak dinafikan, rupa kabinet dapur aluminium ini mengancam. Ianya memberikan anda sedikit sentuhan ‘have-have‘. Tapi, apakah ianya adalah pilihan terbaik untuk anda? Anda kena ingat, pasang kabinet ni bukanlah sesuatu yang anda ingin buat selalu. Bukan ingin diganti setiap kali raya macam anda ganti sofa dan langsir.

Kalau boleh, sekali pasang mesti nak kekal sedekad dua. Betul?

Jangan risau, hari ini kami akan bantu anda untuk buat keputusan itu.

Kelebihan Kabinet Dapur Aluminium

1.Rupa yang Eksklusif

Tidak dinafikan, kabinet dapur aluminium memberikan feel dan sentuhan kemewahan dan eksklusiviti kepada pengguna. Sudah tentu ianya cantik dan bakal memukau sesiapa sahaja yang masuk dan sentuh kabinet dapur anda.

Kita semua sukakan kemewahan bukan? Lebih-lebih lagi sekiranya anda sukakan design kontemporari.

2.Kalis Air & Mudah Dibersihkan

Permukaan aluminium yang licin menjadikan ianya mudah dibersihkan dan kalis air. Anda hanya memerlukan kain kering untuk mengelap apa sahaja kotoran yang ada pada permukaan aluminium. Berbanding permukaan kayu yang sedikit kasar, anda mungkin perlu basahkan kain terlebih dahulu untuk pembersihan yang lebih efisien.

3.Anti Anai-Anai

Kami belum pernah dengar kewujudan anai-anai yang makan aluminium. Maka jelas, pemilihan kabinet dapur aluminium ini bebas daripada kabinet dapur kayu yang terdedah dengan masalah anai-anai.

Nak kabinet dapur kayu sekalipun, pilihlah material seperti chipboard yang anti anai-anai.

Baca 4 Jenis Material Kabinet Dapur Yang Perlu Anda Tahu

Keburukan Kabinet Dapur Aluminium

1.Sifat Aluminium Yang Tipis

Ketebalan kabinet dapur aluminium kebiasaannya adalah sekitar 3-5mm, berbanding kayu chipboard yang mempunyai ketebalan 16mm.

Meskipun ia bertindak lebih baik tanpa sebarang masalah air dan anai-anai, penggunaanya tidak boleh terlalu lasak. Jadi sekiranya anda seorang yang lasak, atau sedikit kalut apabila melakukan kerja-kerja memasak, kami rasa kabinet dapur aluminium bukan lah kabinet terbaik untuk anda.

2.Mudah Melendut

Disebabkan sifatnya yang tipis, ianya lebih mudah melendut berbanding kabinet dapur yang menggunakan kayu. Tidak dinafikan, kayu juga boleh melendut sekiranya diletakkan barang-barang yang terlalu berat, namun ianya lebih lasak berbanding aluminium.

Lebih-lebih lagi bila dapur ni memang amat sinonim dengan barang-barang yang berat. Tin milo, beras, periuk dan sebagainya. Itu belum diambil kira faktor anak anda main ‘sorok-sorok’ dalam kabinet dapur anda.

Tak percaya? Cuba anda bengkokkan aluminium dan papan. Lihat mana yang lebih mudah dibengkokkan.

3.Mudah Calar

Pelanggaran di antara kabinet dapur dengan kelengkapan dapur anda seperti sudu/garfu sudah cukup untuk mencalarkan permukaan kabinet dapur aluminium. Lebih-lebih lagi apabila kita sedang kalut memasak, mananya nak letak barang perlahan-lahan. Adakala kita main campak sahaja.

Bukan mudah nak jaga permukaan Aluminium ini. Takkan anda nak balut dengan plastik? Lagi lah tidak sedap mata memandang.

4.Warna Akan Pudar

Berbanding kayu yang memang menggunakan warna kayu, kabinet dapur aluminium ini kebiasaannya diberikan sentuhan warna melalui warna spray. Dan kita sedia umum yang warna spray ini tidak akan kekal selamanya. Ianya terdedah lebih untuk pudar.

Dan apabila ianya pudar, sudah tentu ‘seri’ dapur itu menjadi kurang. Betul? Maka terpaksa lah anda keluarkan lebihan wang untuk melakukan pewarnaan smeula bagi mengembalikan seri dapur. Bukan orang sahaja tau yang ada seri.


Sekian sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai kelebihan dan keburukan kabinet dapur aluminium.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kabinet dapur, hubungi kami segera. Kami menyediakan khidmat konsultansi atas talian secara percuma bagi membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak.

DAPATKAN KONSULTANSI KABINET DAPUR PERCUMA SEKARANG

DAPATKAN KONSULTANSI KABINET DAPUR PERCUMA SEKARANG

DAPATKAN KONSULTANSI KABINET DAPUR PERCUMA SEKARANG

Scroll to Top