Memilih kabinet dapur yang sesuai bukan hanya bergantung kepada warna atau gaya — saiz dan ketinggian wall cabinet juga memainkan peranan penting dalam fungsi harian dan penampilan keseluruhan dapur.
Dalam artikel ini, kita akan bincangkan perbezaan antara kabinet standard height (34 inci tinggi) dan kabinet full height (sampai siling). Mana satu lebih sesuai untuk dapur anda?
Apa Itu Kabinet Standard Height?
Kabinet standard height merujuk kepada kabinet dinding dapur yang mempunyai tinggi sekitar 34 inci, tidak sampai ke siling. Ia biasanya digantung di atas tabletop dan tidak menutup ruang antara kabinet dan siling.
Kelebihan Standard Height Wall Cabinet
✅ Mudah dicapai – Ketinggiannya mesra pengguna, tak perlu bangku untuk ambil barang.
✅ Kos lebih rendah – Saiz lebih kecil = kurang kos bahan dan pemasangan.
✅ Rekaan ringan – Memberi rasa lapang, sesuai untuk dapur kecil atau siling rendah.
Kekurangan
❌ Ruang atas terbazir – Bahagian atas kabinet biasanya dibiarkan kosong dan hanya kumpul habuk.
❌ Kurang ruang simpanan – Terhad jika anda ada banyak barang dapur atau peralatan elektrik.
Apa Itu Kabinet Full Height?
Kabinet full height ialah kabinet dapur dinding yang dibina penuh dari bahagian atas tabletop hingga ke siling (biasanya antara 7 ke 9 kaki tinggi). Ini adalah trend popular untuk rekaan dapur moden.
Kabinet Dapur Melamine Hitam – Kayu Cerah
Kelebihan Full Height Cabinet
✅ Maksimumkan ruang – Setiap inci ruang dinding dimanfaatkan untuk simpanan.
✅ Tampil kemas dan premium – Memberi efek built-in dan moden, tanpa ruang kosong di atas.
✅ Kurang debu – Tiada ruang terbuka bermakna kurang kerja pembersihan atas kabinet.
✅ Ruang Tampak Luas – Kabinet yang tinggi menyebabkan ruang dapur nampak lebih luas.
Kekurangan
❌ Kos lebih tinggi – Lebih bahan, lebih masa, lebih bajet.
❌ Tampak ‘berat’ jika tidak direka betul – Terutama di dapur kecil atau siling rendah.
Perbandingan Ringkas: Standard Height vs Full Height
Ciri
Kabinet Standard Height
Kabinet Full Height
Tinggi Kabinet
±34 inci
Hingga siling
Ruang Simpanan
Sederhana
Maksimum
Ketercapaian
Sangat mudah
Terhad (perlu bangku)
Kos
Lebih murah
Lebih mahal
Gaya Visual
Ringan & praktikal
Mewah & built-in look
Sesuai Untuk
Dapur kecil / bajet sederhana
Dapur besar / gaya moden
Situasi Sesuai Untuk Setiap Jenis
Pilih Standard Height Jika:
Anda tidak perlukan ruang simpanan tambahan.
Dapur anda bersaiz kecil atau siling rendah.
Bajet anda lebih ketat.
Mahu dapur tampak lebih lapang.
Pilih Full Height Jika:
Anda ingin maksimumkan storan dapur.
Mahukan dapur tampak eksklusif dan built-in.
Anda jarang guna bahagian atas (boleh simpan barang jarang pakai).
Tip Tambahan Sebelum Tempah Kabinet
Ukur ketinggian siling – Penting untuk pastikan full height boleh muat dengan cantik.
Fikirkan siapa guna dapur – Kalau orang tua atau rendah, full height mungkin tak praktikal.
Campur kedua-duanya pun boleh – Contoh: guna full height untuk pantry dan standard height untuk kawasan memasak.
Pilih material tahan lama – Bahagian atas kabinet terdedah kepada haba dan wap, jadi perlukan material yang tahan.
Kesimpulan
Wall cabinet standard height vs full height, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Pilihan terbaik bergantung kepada keperluan simpanan, saiz dapur, gaya rekaan, dan bajet anda.
Jika anda perlukan nasihat lanjut atau ingin buat kabinet dapur custom ikut saiz rumah anda, jangan segan hubungi kami di Kabinetguru untuk sesi konsultasi dan lakaran 3D percuma!
Soalan Lazim (FAQ)
1. Boleh tak tambah kabinet atas kalau dah buat standard height? Boleh. Anda boleh buat penambahan “topper” atau extension kabinet.
2. Kabinet full height sesuai tak untuk rumah apartment? Ya, jika siling mencukupi dan rekaan seimbang. Ia boleh beri ilusi ruang lebih tinggi.
3. Full height buat dapur nampak sempit ke? Jika tak direka dengan betul, ya. Tapi dengan penggunaan warna cerah dan pencahayaan baik, ia tetap boleh nampak luas.