Deko Dapur DIY : 11 Idea Kreatif Bawah RM100

Sebut sahaja mengenai deko dapur, sudah pasti kos yang mahal adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran kita. Sudah tentu, menjadi impian setiap wanita untuk mempunyai dapur idaman yang indah dan memukau perhatian setiap orang yang melihat dapur kita.

Dapur merupakan satu ruangan yang paling penting bagi setiap wanita. Disini lah tempatnya seorang ibu menyediakan makanan untuk anak-anak. Juga seorang isteri menyediakan santapan untuk suami yang dicintai.

Maka oleh itu, adalah penting untuk ruangan dapur dihiasi dan didekorasi agar jiwa seorang isteri mampu memasak dengan sepenuh hati.

Di dalam perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi 11 idea deko dapur DIY yang kreatif untuk para isteri, Anda boleh dekorasi ruangan dapur rumah pada harga bawah RM100.

11 Idea Kreatif Deko Dapur DIY

1.Wallpaper Dinding

Penggunaan wallpaper adalah antara yang paling mudah yang mampu membantu para isteri menaikkan seri deko dapur.

deko dapur murah

wallpaper deko dapur

Pada hanya RM4.04, anda sudah boleh memiliki satu gulung wallpaper berukuran 45×200 cm untuk menampal ruangan kosong diantara dinding dan kabinet dapur rumah anda. Pastikan anda terlebih dahulu mengukur ruangan dapur sebelum membeli wallpaper ini.

2.Vinyl Wallpaper Kabinet

Sekiranya kabinet dapur anda menggunakan kabinet jenis aluminium, ini adalah tips yang baik untuk anda.

Kabinet Dapur formica fromaica

Bosan dengan warna kabinet rumah anda? Tidak perlu panggil kontraktor ganti pintu baru. Gunakan sahaja wallpaper vinyl untuk kabinet anda!

Deko Dapur - vinyl

Anda boleh dapatkan pada harga serendah RM7.11 untuk wallpaper vinyl kabinet anda berukuran 0.6x1m. Kira siap siap ukuran setiap pintu kabinet anda ya.

3.Marble Countertop Wallpaper

Alang-alang tukar warna kabinet, apa kata tukar sekali countertop lama tu dengan design baru. Pastikan wallpaper yang anda beli kalis air dan tahan panas ya.

Deko Dapur - countertop kabinet

Mahal ke? Hanya RM15.88 untuk 40x300cm. Lagi panjang dapur anda, lagi besar lah modal yang perlu dikeluarkan.

4.Label Makanan

Jangan sampai anda tersilap letak garam dengan gula! Dapatkan sticker label untuk setiap bahan makanan dapur anda. Tetamu pasti kagum lihat betapa telitinya anda jaga dapur rumah.label makanan deco dapur

5.Tikar Dapur

deco dapur tikar

6.Magnet Pisau

Biasa tengok di Masterchef pisau bersusun tergantung di dinding? Jangan risau, hanya RM6.20, anda sendiri boleh miliki tempat untuk menggantung pisau dapur anda tau.

deko dapur gantung pisau

7.Papan Hitam

deko dapur blackboard

8.Vinyl Sticker

deko dapur sticker

9.Lampu Meja Makan

Wujudkan suasana yang lebih romantis dengan mengubah lampu meja makan yang mampu membuatkan masakan anda terasa lebih sedap!

Deko dapur lampu makan

10.Langsir Blind

deco dapur blind

11.Langsir Dapur

Kebanyakan dapur moden (terutama sekali kediaman kondominium) tidak mempunyai pintu yang membahagikan ruangan dapur dan ruangan lain. Maka alternatif terbaik adalah dengan menggunakan langsir separa yang hanya menutup bahagian atas dapur sahaja.

deko dapur langsir


Maka itu sahaja tips deko dapur DIY murah daripada kami. Kini anda dah pun tahu cara nak deko dapur, pelajari pula Tips Kabinet Dapur ini daripada kami.

sekiranya anda belum ada kabinet dapur untuk dapur anda, boleh hubungi kami untuk

KABINET DAPUR MURAH

KABINET DAPUR MURAH

KABINET DAPUR MURAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *