Jual Rumah Lebih Mudah Bila Pasang Kabinet?

Sudah tentu, bila kita nak jual rumah, kita mahu jual pada kadar yang paling cepat dan mudah. Lebih-lebih lagi bila kita bercadang untuk beli rumah baru.

Namun, apakah faktor yang membolehkan sesuatu rumah itu dijual lebih mudah berbanding rumah-rumah lain disekitarnya?

People Buy on Emotion and Justify with Logic

Pernah dengar quote ini? Iya, ada kajian yang mengatakan keputusan pembelian kita adalah dipengaruhi dengan EMOSI. Daripada emosi yang lahir itu, kita keluarkan LOGIK untuk menjustifikasi keputusan yang bakal kita buat.

Sebagai contoh, pernah anda rasa nak beli kereta baru? Honda Civic misalnya. Anda sukakan (emosi) reka bentuknya. Anda terus terbayang, perasaan anda (emosi) bila memandu kereta ini. Dan bila anda bawa Civic ini pulang ke kampung, berapa ramai yang akan mengagumi anda (emosi).

Dan daripada emosi yang terbina ini, anda akan mula justifikasi dengan logik. Anda akan rasa kereta anda kini dah tak berapa selesa dipandu (logik). Anda merasakan anda memerlukan kereta yang lebih luas untuk keselesaan keluarga (logik). Dan anda merasakan dengan pendapatan anda sekarang, anda sudah mampu memilikinya (logik).

Baca Tips Cat Rumah Supaya Tahan Lebih Lama

Sebegitu juga lah sekiranya anda ingin jual rumah, jual dengan emosi! Dan kabinet adalah salah satu cara untuk anda wujudkan emosi ini.

Kami kongsikan 3 jenis kabinet yang boleh bantu anda jual rumah anda dengan lebih mudah.

1.Kabinet Dapur

Dapur adalah bahagian yang paling utama untuk seorang suri rumah. Setuju?

Dan ketahuilah, nasihat jualan yang paling efektif bukanlah daripada anda tuan rumah mahupun jurujual, tetapi daripada seorang isteri. Maka, dengan dapur yang dibuat dengan cukup memukau, mampu membantu anda menawan hati isteri yang seterusnya memujuk suaminya untuk beli rumah anda.

Maka lebih mudahlah kerja anda untuk jual rumah anda.

DAPATKAN SEBUT HARGA UNTUK KABINET RUMAH ANDA

2.Kabinet TV

First Impression Last

Biasa dengar ayat ini? Ya benar. Atau bak kata orang melayu, “Cinta Pandang Pertama”.

Dan ruangan mana lagi yang akan jadi ruangan pertama yang dilihat kalau bukan ruang tamu?

Maka oleh itu, pemasangan kabinet tv di bahagian ruang tamu sudah tentu mampu sedikit sebanyak membantu anda jual rumah anda dengan cara menambat hati pembeli oleh keterampilan kabinet tv anda.

3.Kabinet Pakaian/Almari

Yang terakhir, sudah pasti kabinet pakaian/almari.

Bilik tidur boleh dikatakan antara ruangan yang paling lama kita gunakan. Untuk tidur sahaja, kita sudah luangkan paling kurang 6 jam di sini. Maka dengan adanya almari kabinet yang menarik, sudah pasti ia mampu memberik impak emosi kepada pembeli dalam membuat keputusan untuk pembelian rumah anda.


Sekian, 3 tips jual rumah melalui pemasangan kabinet daripada kami.

Sekiranya anda bercadang untuk jual rumah anda, IKLANKAN RUMAH ANDA DISINI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top