Tahukah anda apa itu kabinet dapur Formica?
Sudah pasti kita inginkan dapur yang paling cantik sebagai ruangan yang penyediaan makanan untuk seisi rumah tangga. Selain daripada rupa yang cantik, beberapa faktor lain turut harus diambil kira seperti ketahanan dan penjagaan kabinet. Maka dalam artikel kali ini, kami akan menjelaskan kelebihan dan keburukan kabinet dapur Formica.
APA ITU KABINET DAPUR FORMICA
Formica adalah sejenis ‘laminate’, atau lapisan akhir yang digunakan ke atas permukaan kayu (kebiasaannya kayu Chipboard) yang memberikan rupa kilat pada permukaan kabinet dapur rumah anda. Kabinet dapur Formica agak popular, terutama sekali kepada mereka yang sukakan penampilan moden di ruangan dapur rumah.
Kebiasaannya, kabinet jenis ini terkenal dengan warna-warna yang terang. Lapisan ‘plastic laminate’ akan digunakan untuk membalut permukaan kayu kabinet sebelum lapisan Formica dibalut di atasnya bagi memberikan efek ‘kilat’.
KELEBIHAN KABINET DAPUR FORMICA
1.KETAHANAN
Kabinet Formica tahan kebanyakan masalah umum yang selalu dialami surirumah di dapur, sama ada kelembapan, haba atau kotoran berlebihan.
- Kabinet dapur Formica mempunyai lapisan luaran yang utuh dan tahan lasak
- Lapisan luaran Formica membuatkan ianya mudah dibersihkan
- Kabinet dapur Formica turut dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan anti anai-anai
2.KEPELBAGAIAN
Anda boleh jumpa pelbagai warna untuk kabinet dapur anda. Variasi warna ‘plastic laminate’ yang ada dipasara membolehkan anda membuat pelbagai pilihan dan campuran warna mengikut citarasa anda.
3.PERMUKAAN BOLEH DIGANTI
Salah satu keunikan kabinet dapur Formica adalah pada permukaannya yang boleh diganti. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, anda tidak perlu menggantikan keseluruhan pintu kabinet, tetapi hanya permukaan Formica. Malah ianya boleh diubah kepada warna lain dengan penggantian ‘plastic laminate’ mahupun dicat semula pada permukaan Formica.
4.HARGA RENDAH
Apabila melihat perbandingan kos Formica, Thermofoil dan kayu sebenar, kita melihat bahawa pintu Formica adalah yang paling murah untuk dipasang berbanding dengan 2 jenis kabinet yang lain. Ada yang berpendapat bahawa pintu bersalut vinil mempunyai kos yang sama, tetapi ini tidak benar. Berdasarkan pengalaman kami, pintu laminat Formica adalah paling murah untuk dipasang pada almari. Walaupun harga yang berpatutan, kualiti bahan lebih unggul daripada Thermofoil atau pintu dapur dapur kayu sebenar.
Namun sekiranya dibandingkan dengan kabinet dapur Melamine, jelas harga kabinet dapur Melamine adalah lebih murah.
Baca Kelebihan & Keburukan Kabinet Dapur Melamine
KEBURUKAN KABINET DAPUR FORMICA
1.KAYU MELEDING
Salah satu keburukan terbesar kabinet formica adalah ia mempunyai kecenderungan untuk meleding jika pengeluar kabinet tidak mengenekan tekanan yang sama di papan teras pusat dengan cara melapisi kedua-dua sisi pintu.
Jika ianya dibuat dengan betul, masalah kayu meleding ini tidak akan terjadi.
2.WARNA TIDAK LAGI DIKELUARKAN
‘Plastic Laminate’ yang digunakan untuk memberikan warna pada kabinet anda, berkemungkinan tidak lagi dikeluarkan oleh pengeluar. Dalam erti kata lain, katakan 10 tahun akan datang anda mempunyai masalah pintu kabinet dan perlu digantikan dengan warna yang sama, kemungkinan untuk anda tidak menjumpai warna yang sama itu tinggi sekiranya anda memilih warna atau corak yang ‘unik’.
Maka nasihat kami, pilihlah warna asas yang lebih ‘common’ agar ianya mudah diganti kelak.
Kami di KabinetGuru menyediakan khidmat pemasangan kabinet untuk kabinet dapur Melamine dan Formica. Hubungi kami sekarang untuk dapatkan harga!