Kabinet Dapur Simple : 3 Cara Untuk Jimat

Kami percaya, kabinet dapur simple bukanlah idaman setiap wanita. Bila bercakap soal kabinet dapur, mesti ramai yang membayangkan sebuah dapur luas yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan alat masakan seperti ketuhar, microwave, hob & hood, kitchen island, stool bar dan macam-macam lagi.

Tetapi, tidak semua dari kalangan kita yang mempunyai modal sebanyak itu, lebih-lebih lagi bagi kita yang baru berumahtangga atau baru sahaja membeli rumah baru. Baru sahaja belanja sejumlah kos yang besar, maka untuk membelanjakan sedikit lagi kos membina dapur idaman pasti akan ada kesukaran.

Namun, kalau tak di renovasi langsung pun susah juga. Takkan lah masuk rumah baru, nak masakkan untuk suami atas dapur yang serba tak lengkap? Nak masak pun belum tentu ada ‘mood’.

kabinet dapur simple

Maka, kepada semua para suami di luar sana, setidaknya anda belanjalah isteri anda sedikit kabinet dapur yang simple. Kami kongsikan 3 cara untuk anda DIY sendiri kabinet dapur simple agar dapat mengurangkan kos kabinet anda.

3 Cara DIY Kabinet Dapur Simple

1. Rangka Table Top

Kebiasaannya, table top adalah bahagian kabinet dapur yang paling mahal lebih-lebih lagi sekiranya anda pilih table top jenis konkrit, marble, granite dan solid surface.

Sekiranya anda ingin berjimat, anda boleh gunakan kayu pallet. Ya kayu pallet ini.

Disinilah para suami dapat menyerlahkan skil dan ilmu yang diperoleh melalui pendidikan Kemahiran Hidup di zaman sekolah dulu untuk menukang kayu-kayu pallet ini untuk diubah menjadi kabinet dapur. Kayu ini banyak dijual di mudah.my sekitar RM8-RM20 untuk 1 pallet. Jumlah pallet yang diperlukan bergantung sepenuhnya kepada saiz kabinet dapur yang ingin dibuat.

Berikut adalah antara contoh rangka table top dapur simple yang dibuat daripada kayu pallet.

sumber : Mingguan Wanita

Namun, perlu kami ingatkan bahawa dari sudut ketahanan dan kekukuhan, rangka table top jenis ini tidak akan mempunyai kekukuhan yang sama dan mungkin perlu diganti akibat pendedahan berlebihan kepada air dan masalah anai-anai. Kami berpendapat, adalah lebih baik untuk anda dapatkan table top yang lebih kukuh dan mampu tahan lama.

2. Table Top

Untuk bahagian table top yang simple, anda boleh dapatkan serendah harga RM230! Ya hanya RM230 sahaja. Tapi mungkin anda perlu beli 2-3 unit, bergantung kepada saiz kabinet dapur yang anda ingin bina.

table top ikea

Seperti gambar yang kami kongsikan, table top yang dijual IKEA ini sudah cukup memadai untuk digunakan sebagai ‘cooking station’ para isteri di rumah.

Namun, skill yang lebih tinggi diperlukan untuk memotong table top jenis ini. Anda perlu menebuk lubang untuk ruangan sinki, dan disinilah skill pertukangan anda diuji. Maka, adalah dinasihatkan kepada para suami untuk dapatkan rujukan dan nasihat mereka yang lebih berkepakaran dalam kerja-kerja ini. Anda tidak mahu bahan ini dibazirkan apabila ia rosak nanti.

3. Pintu Kabinet

Dan yang terakhir, pintu kabinet. Kebiasaannya, pintu kabinet ini adalah yang memainkan peranan paling besar dalam menentukan sama ada kabinet dapur anda akan berjaya memukau mereka yang datang ke dapur anda atau tidak.

Sekiranya anda benar-benar dalam kekangan modal, gunakanlah langsir sebagai penutup kabinet dapur simple anda. Ya! Langsir.

Langsir kabinet dapur
kredit : Puan Noranizah

Perkongsian ini pernah dikongsi oleh Puan Noranizah melalui laman facebooknya. Beliau berbelanja kurang daripada RM50 untuk menutup kabinet dapurnya dengan langsir. Kreatif kan?


Namun, sekiranya anda inginkan kabinet dapur yang menawan, yang mampu menawan jiran-jiran adik kakak ipar yang masuk ke dapur rumah anda, hubungi kami dengan segera!

Kami mampu menyediakan anda sebuah kabinet dapur simple bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

Whatsapp kami sekarang!
Whatsapp kami sekarang!
Whatsapp kami sekarang!

kabinet dapur johor termurah terbaik
Kabinet dapur idaman anda disini, murah dan sesuai dengan budget anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *