Beza sinki topmount v

Beza Sinki Topmount vs Undermount (Full & Half): Panduan Lengkap Untuk Dapur Malaysia

Share our article

Bila buat kabinet dapur baru, antara keputusan penting ialah jenis sinki. Ramai tak tahu — cara sinki dipasang boleh memberi kesan besar pada reka bentuk, kebersihan dan bajet pemasangan.
Tiga jenis utama yang popular di Malaysia ialah:

  • Topmount (Drop-in)
  • Full Undermount
  • Half Undermount (Partial)

Mari kita terangkan satu-satu supaya anda jelas beza setiap jenis sebelum buat keputusan untuk dapur anda.

1️⃣ Apa Itu Sinki Topmount?

Sinki topmount (atau “drop-in”) ialah jenis yang dipasang dari atas meja dapur. Tepi sinki akan terletak di atas permukaan meja, dan menutup potongan meja sepenuhnya.

Kelebihan:

✅ Kos lebih murah & mudah pasang
✅ Sesuai untuk pelbagai jenis meja (laminate, kayu, quartz, granit)
✅ Mudah diganti bila rosak

Kekurangan:

❌ Rim atas boleh perangkap kotoran / air sabun
❌ Kurang “clean look” berbanding undermount
❌ Silikon perlu diganti (maintenance)
❌ Risiko tinggi untuk bocor

Ringkasnya:
Kalau anda utamakan bajet dan kemudahan servis — topmount ialah pilihan praktikal.

2️⃣ Apa Itu Sinki Undermount?

Sinki undermount pula dipasang dari bawah permukaan meja, jadi tiada rim kelihatan di atas. Meja nampak lebih kemas dan moden.

Tapi dalam kategori undermount, ada dua jenis utama:

🔹 Full Undermount

  • Sinki sepenuhnya berada di bawah meja.
  • Tiada sebarang bahagian rim kelihatan langsung.
  • Air, sisa makanan atau sabun boleh terus dilap ke sinki tanpa halangan.

Kelebihan:
✅ Reka bentuk moden dan “seamless”
✅ Sangat mudah dibersihkan
✅ Sesuai untuk meja batu (granit, quartz, solid surface)

Kekurangan:
❌ Kos pemasangan lebih tinggi
❌ Tak sesuai untuk meja laminate atau kayu
❌ Perlu tukang mahir untuk pastikan seal bawah kuat
❌ Sinki susah diganti, top perlu dicabut

🔹 Half Undermount (Hybrid Undermount)

Half undermount (kadang disebut partial-undermount) ialah gabungan antara topmount dan undermount.

  • Separuh rim sinki masih di bawah meja, tetapi sedikit bahagian atas masih nampak.
  • Biasanya rim tenggelam 2–3 mm dari permukaan meja.

Kelebihan:
✅ Lebih mudah pasang berbanding full undermount
✅ Masih nampak kemas, tapi lebih selamat untuk meja laminate
✅ Kurang risiko air meresap bawah meja

Kekurangan:
❌ Masih ada sedikit rim yang boleh tahan kotoran
❌ Estetika tak se-“clean” full undermount

Kebiasaannya pemasangan sinki jenis ini dipasang pada sinki yang mempunyai banyak aksesori tambahan yang tidak membolehkan untuk sesebuah sinki itu dipasang secara full undermount. Antara contohnya adalah : Sinki waterfall, sinki dengan cup washer etc.

3️⃣ Jadual Perbandingan Lengkap

AspekTopmountHalf UndermountFull Undermount
Posisi RimDi atas mejaSebahagian di bawah, sedikit nampakSepenuhnya di bawah meja
Reka BentukTradisionalModen ringanModen & minimalis
KebersihanRim mudah perangkap kotoranLebih bersih dari topmountPaling bersih & mudah lap
Jenis Meja SesuaiSemua jenis (laminate, kuarza, granit)Laminate, kuarza, solid surfaceHanya untuk kuarza / granit / solid surface
Kos PemasanganRendahSederhanaTinggi
KetahananBergantung pada seal di atasBaikTerbaik (jika seal betul)
Kemasan VisualNampak rim logamRim nipis & kemas“Seamless” sepenuhnya
PenyelenggaraanPerlu sealant berkalaMudah urusMudah urus

Berita baik untuk anda!

Di Kabinetguru, kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk pemasangan sinki full undermount atau half undermount.
Tak kisah apa pilihan sinki anda, kami pasangkan mengikut citarasa kehendak pelanggan tanpa caj tambahan.

Berminat nak tempah kabinet dapur?
Hubungi Kabinetguru sekarang!

Scroll to Top